Selasa, 27 November 2012

Adab-adab Ketika Berhujah


Ada sahabat-sahabat yang suka berhujah, namun apabila berhujah, mestilah beradab bagi menjaga hubungan ukhuwah sesama Muslim.

1. Niat Berhujah
Apakah niat anda ketika ingin berhujah? Adakah kerana ingin menunjukkan kehebatan diri, atau mengaibkan seseorang? Atau ingin menegakkan kebenaran? Anda sendiri tahu jawapannya. Fahamilah sebab musabab mengapa anda ingin berhujah terlebih dahulu.

2. Anggaplah Dia Sahabat
Penting bagi anda untuk setkan minda bahawa orang yang anda hujahi itu merupakan sahabat anda. Ini demi menjaga perhubungan dan ukhuwah sesama Muslim. Dengan menganggap mereka saudara anda, maka anda akan mudah memaafkan mereka andainya mereka tersilap kata atau tersalah bicara.

3. Berbaik Sangka
Berbaik sangkalah terhadap orang yang anda hujahi. Mungkin persekitaran mereka yang menjadikan mereka sedemikian rupa. Atau mungkin juga atas kejahilan mereka, maka mereka berhujah sedemikian rupa.

4. Dengarilah hujah daripada pihak lain dan kemukakan hujah anda dengan sopan dan jangan memaksa orang untuk menerima hujah anda jika perkara tersebut merupakan perkara khilafiyah.

5. Tenang ketika menjawab hujah dan berhujahlah berdasarkan fakta dan bukti, bukan atas sentimen dan tuduhan.

6. Kemukakanlah hujah-hujah yang disepakati terlebih dahulu sebelum hujah-hujah yang ada perbezaan pandangan.

7. Petiklah kata-kata orang yang dipercayai agar ia menjadi nasihat dan pedoman buat kedua-dua belah pihak.

8. Ketika berhujah, nampakkanlah di depan mata syurga dan neraka. Ini bertujuan agar hujah yang dibawa sentiasa berfokus pada kebenaran dalam mencari keredhaan Allah.
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” [ QS 16:125 ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan