Rabu, 10 September 2014

Aku Cinta kepadamu kerana Allah!

Cinta bukan hanya dengan kata2 bermadah, tetapi cinta adalah amanah daripada Allah. Sesungguhnya cinta itu indah kerana ia adalah kurniaan daripada Allah Yang Maha Indah. Justeru, jagalah kesucian dan keindahan cinta itu dengan berkata kepada kekasih hatimu, "Aku Cinta kepadamu kerana Allah!

Khamis, 4 September 2014

4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari !

Nafsu lelaki ternaik tanpa sedar?
Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dah pun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali.

Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa?

Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke?

Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa.
Hakikatnya, semua orang tahu dan faham satu hakikat bahawa lelaki punya nafsu. Walau hanya satu tapi yang satu ini fokusnya lebih kepada nafsu seksual.
Dan sedarkah kita, tanpa kita sedari ramai perempuan cuba mencabar nafsu lelaki?

Bagaimana?

Saya elok pakai tudung, tutup aurat dengan lengkap, takkan saya masih menggoda kut!
Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita. Pakaian longgar,labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda-benda ini :

1. Tunduk
Tunduk pun salah?
 
Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki.
Mencabar nafsu tak?

Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.

2. Lirikan mata juga mencetuskan nafsu lelaki
Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.

Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.

3. Lenggok Badan
Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?

Ini pengalaman saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.
See?

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman
Alamak, senyum pun salah juga?
Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.

Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.
Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?
Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?
Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.

Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?

Ayuh jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt.

 By,

( fatimahzafira)

Rabu, 20 Ogos 2014

APAKAH MAKSUD TUNANG ?


Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar? Ustaz Azhar Idrus
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?
Jawapan:
 

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.
Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."
"Kahwin la dengan kita bila-bila..," jawab perempuan tersebut.
Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.
Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
 

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?
Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?
Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.
 

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?
Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.
Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.
 

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. 

Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
Sekiranya kita memang betul-betul sudah menjadi tunangan orang, bacalah artikel 'Disiplin Islam Dalam Pertunangan' dan 'Bagaimana Bercouple Cara Islam?'
 

"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat

Isnin, 4 Ogos 2014

Mufti Ismail Menk

“When you see a female dressed in a manner that is unacceptable Islamically, do not for a moment think that she is lower than you spiritually. If you do that, you are lower than her. Believe me, that is the teaching of your religion. She might have a link with her creator that you do not know about. She might have a heart that is tons better than yours. She might have one weakness that is outward, and you have 50 weaknesses that are hidden.”- Mufti Ismail Menk