Khamis, 29 November 2012

LUANGKAN MASA 2 MINIT MEMBACANYA

1. Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD
2. Aku adalah tempat yang paling smpit, maka luaskan aku dengan ber SILATURAHIM
3. Aku adalah tempat yang paling sepi, maka HIBURkanlah aku dengan pembanyak baca AL-QURAN

4. Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan,maka racunilah ia dengan AMAL SEDEKAH
5. Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bila mana tidak tidak solat,maka bebaskanlah aku dari sempitan itu dengan SOLAT.
6. Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat sakit,bebaskan rendaman itu dengan berPUASA
7. Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyak mengucap Kalimah ''LAILAHAILALLAH''


"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan di sempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang di jauhkan dari neraka dan di masukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.''
(Surah Ali Imran 3:185)

Rabu, 28 November 2012

SEISTIMEWANYA HUZAIFAH AL YAMANI,penyimpan rahsia Rasulullah..



Nama sebenarnya ialah Huzaifah bin Yaman bin Jabir al- Abasi RA. Dia telah memeluk islam bersama-sama ayahnya. Namun, ayah Huzaifah RA syahid secara tidak sengaja kerana terbunuh oleh bunuh orang islam. Orang Islam pada masa itu tersalah sangka kerana menyangkakan ayahnya musuh, padahal ayahnya terlewat sampai untuk mengikuti pasukan tentera Islam pada masa itu. Ketika itu ayahnya menutup muka dengan selendang, jadi orang- orang Islam tidak dapat kenal siapa. Belum sempat Huzaifah RA selamatkan ayahnya, ayahnya telah meninggal sewaktu Huzaifah RA tiba berhampiran. Pada ketika itu, Huzaifah RA cuma berkata, "semoga Allah mengampunkan dosa kamu, sesungguhnya Allah itu Arhamur Rahimin." Bila dibayar denda untuk ayahnya, Huzaifah RA membahagi-bahagikan sahaja wang tersebut kepada orang miskin pada masa itu juga.

Penyimpan rahsia Nabi SAW:
· memegang amanah menyimpan nama orang-orang munafik - Allah memberitahu Nabi SAW berikutan larangan untuk solat jenazah bagi orang-orang munafik, (lepas kematian Abdullah bin Ubai, ketua munafik masa itu (anak Abdullah bin Ubai, namanya Abdullah bin Abdullah - perfect sahabat, bukan munafik)

· Bila Umar RA dilantik menjadi khalifah, Umar RA pernah bertanya kalau ada gabenor-gabenor yang dilantik terdiri daripada orang munafik. Huzaifah RA memberitahu ada seorang, tetapi tidak diberitahu siapa gerangannya- Umar memecat sendiri berdasarkan pemerhatiannya.

· Umar RA pernah bertanya kepada Huzaifah tentang dirinya sendiri, adakah dia tergolong dalam senarai orang munafik? Huzaifah RA terkejut, kerana seorang Amirul mukminin yang hebat bertanyakan soalan seperti itu. Pada mulanya beliau enggan memberitahu, tetapi Umar RA tetap ingin tahu, akhirnya Huzaifah RA memberitahu beliau, dan beliau bersumpah tidak akan memberitahu sesiapa selepas ini jika ada orang yang bertanyakan seperti Umar RA lagi.

· Umar RA akan tanya apabila ada satu- satu kematian, sama ada Huzaifah RA pergi atau tidak untuk solat jenazah. Umar RA tidak akan pergi solat jenazah jika baginda tahu Huzaifah RA tidak pergi.

Sewaktu perang Khandak, Huzaifah RA menyamar menjadi pengintip. Waktu malam itu cukup sejuk dan gelap. Rasulullah SAW hendakkan seorang pergi mengintip apa yang sedang musuh-musuh lakukan waktu itu. Arahan Rasulullah ialah pergi intip dan balik, dan tidak membuat sebarang tindakan. Apabila beliau diperintahkan keluar mengintip, tiba- tiba badannya terasa panas dan selesa, tidak sejuk seperti sebelum itu. Sewaktu dalam perjalanan pergi mengintip, Huzaifah RA ternampak Abu Sufyan.

Pada waktu itu, dia mempunyai peluang untuk bunuh Abu Sufyan, memang peluang amat cerah untuk Abu Sufyan mati ditangannya. Tetapi apabila teringatkan pesanan Nabi SA,supaya tidak membuat sebarang tindakan, maka dia taat kepada perintah Rasulullah. Beliau merapati khemah orang musyrik masa itu, dan duduk bersama mereka. Ketika itu, Huzaifah RA hampir-hampir diketahui musuh, apabila salah seorang daripada musyrikin memberitahu bahawa yang antara mereka ini, ada pengintip. Jadi, semua orang disuruh memegang tangan orang yang berada di sebelah dan tanya siapakah orang itu. Huzaifah RA cepat- cepat memegang tangan orang di sebelahnya dan tanya siapa dia, sebelum Huzaifah ditanya dahulu. Maka, terselamatlah Huzaifah RA.

Hikmah Huzaifah RA tidak bunuh Abu Sufyan ialah, Abu Sufyan sewaktu itu sedang mengemas-ngemas beg dan memberitahu tentera Quraisy yang dia sudah bersedia untuk balik ke Mekah dan melupakan perang ini. Jika ada sesiapa yang hendak balik bersamanya, mereka boleh ikut sekali, dan kalau sesapa yang masih ingin meneruskan peperangan, dia tak menghalang. Kesannya, kesatuan orang- orang musyrik waktu itu terpecah apabila terdengar Abu Sufyan berkata seperti itu. Jika Huzaifah RA bunuh Abu Sufyan tadi, orang- orang musyrik tidak dengar apa yang Abu Sufyan bakal cakapkan. (dan kita semua tahu, yang Abu Sufyan kemudiannya memeluk Islam sewaktu hampir pembukaan Mekah.) Apabila Huzaifah RA balik ke khemah, badannya terasa sejuk kembali, tidak panas seperti semasa dia keluar mengintip.

Huzaifah dilantik menjadi gabenor Madain (satu tempat di Iraq) semasa Umar RA menjadi khalifah. Orang awam bersiap-siap untuk menyambut kedatangannya. Tetapi pada hari itu, Huzaifah RA datang dengan menaiki keldai, di tangannya terdapat roti dengan garam. Madain yang dulunya di bawah pemerintahan kerajaan Parsi, terdapat banyak istana. Orang ramai bertanya Huzaifah RA, istana yang manakah yang menjadi pilihannya, tetapi Huzaifah RA minta rumah biasa sahaja sebagai rumahnya, sedikit makanan untuk beliau dan makanan keldai.

Umar RA pernah memberitahu orang ramai yang baginda inginkan masjid yang penuh dengan pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah RA, Muaz bin Jabal RA dan Huzaifah RA. Untuk membuktikan kelebihan 3 orang sahabat ini, Umar RA menyuruh hambanya bawa harta dan berikan kepada ketiga-tiga sahabat ini, baginda ingin menguji reaksi ketiga-tiga pemuda ini, dan kemudiannya hamba Umar itu dikehendaki balik dan melaporkan kepada Umar RA dan orang yang duduk bersama-sama Umar pada masa itu. Apabila mendapat duit, ketiga- tiga sahabat ini telah menginfaqkan kesemua wang yang mereka peroleh. Apabila mendengar laporan itu, Umar RA berkata, "Telah aku jangkakan dan beritahu kalian tindakan mereka.."

Apabila hampir saat kematian beliau, orang ramai bertanya mengapa beliau menangis? Huzaifah RA memberitahu bahawa yang dia menangis bukan kerana sayangkan dunia, bahkan mati lagi menjadi kesukaannya, tetapi beliau risau sama ada beliau akan mati dalam keadaan Allah redha kepadanya atau sebaliknya.

Apabila hampir saat kematian, Huzaifah RA mintak dilihatkan kain kapannya. Apabila ditunjukkan kain kapan yang baik kualitinya, Huzaifah RA minta tukar yang lain, yang lebih sederhana.

Huzaifah meninggal pada tahun 36 Hijrah, 40 malam selepas kematian Sayidina Usman RA dan dimakamkan di Madain (Madain juga tempat kubur Salman Farsi RA dengan Jabir bin Abdullah RA).

Ketulusan Hati Untuk Bertaubat

disaat kita tiada sesiapa lagi kerana banyaknya dosa. ingatlah diwaktu itu Allah paling dekat dengan kita untuk menerima taubat hamba2nya tak kira siapa dia siapa mak bapa dia datuk nenek dia dulu.. Islam lebih dekat dengan Tuhannya, tak perlu perantaraan untuk bertaubat..

Selasa, 27 November 2012

Mus’ab bin Umair dan Fiqh Dakwah Masyarakat


Pembuka awal kota Madinah, pemuda yang syahid di jalan dakwah. – Mus’ab bin Umair.
Dengan tangannyalah Islamnya Usaid bin Khudair, manusia yang duduk bertilawah bersama malaikat. Dengan tangannya juga Islamnya Saad bin Muaz, manusia yang kematiannya telah menggegarkan arasy Allah SWT.

Mus’ab bin Umair berperanan penting dalam Hijrah Rasulullah; terutamanya ketika tempoh persediaan Hijrah. Rasulullah telah menghantar Mus’ab sebagai duta Islam yang pertama ke Yathrib, kerana beliau adalah seorang pemuda yang baik perilakunya, cantik rupa parasnya dan lembut tingkah lakunya.

Mus’ab bin Umair menjadikan rumah As’ad bin Zurarah sebagai pejabat Kedutaan Islam yang pertama dan beroperasi sebagai pusat penyebaran Islam. Penduduk Yathrib kagum dengan kebaikan akhlak dan ketampanan wajah Mus’ab bin Umair sekaligus menarik mereka untuk datang ke pejabat Kedutaan Islam dan memahami Islam dengan lebih dalam.

Tidak cukup dengan itu, Mus’ab bin Umair sendiri masuk ke setiap rumah untuk menyebarkan risalah Islam. Sehinggakan tiada satupun rumah yang tidak diketuk oleh Mus’ab bin Umair. Usaha keras beliau menyebabkan majoriti penduduk Yathrib memeluk Islam. Beliau kemudiannya menyusun penduduk Yathrib membentuk masyarakat sehingga Rasulullah mengizinkan untuk mendirikan solat Jumaat di sana. Mus’ab menjadi orang yang pertama memimpin solat Jumaat di Yathrib.

Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari kesungguhan dan pengorbanan Mus’ab bin Umair untuk membangunkan Islam. Marilah kita belajar dari Mus’ab bin Umair yang telah membentuk penduduk Yathrib sehingga iman mereka sangat tinggi dan mendorong mereka untuk itsar, berkorban, berjuang dan mati di jalan Allah SWT.

Mus’ab bin Umair ibarat seorang putera ketika di Mekah. Namun, matinya beliau dengan kedua tangannya terpotong, dadanya ditembusi tombak.

Adab-adab Ketika Berhujah


Ada sahabat-sahabat yang suka berhujah, namun apabila berhujah, mestilah beradab bagi menjaga hubungan ukhuwah sesama Muslim.

1. Niat Berhujah
Apakah niat anda ketika ingin berhujah? Adakah kerana ingin menunjukkan kehebatan diri, atau mengaibkan seseorang? Atau ingin menegakkan kebenaran? Anda sendiri tahu jawapannya. Fahamilah sebab musabab mengapa anda ingin berhujah terlebih dahulu.

2. Anggaplah Dia Sahabat
Penting bagi anda untuk setkan minda bahawa orang yang anda hujahi itu merupakan sahabat anda. Ini demi menjaga perhubungan dan ukhuwah sesama Muslim. Dengan menganggap mereka saudara anda, maka anda akan mudah memaafkan mereka andainya mereka tersilap kata atau tersalah bicara.

3. Berbaik Sangka
Berbaik sangkalah terhadap orang yang anda hujahi. Mungkin persekitaran mereka yang menjadikan mereka sedemikian rupa. Atau mungkin juga atas kejahilan mereka, maka mereka berhujah sedemikian rupa.

4. Dengarilah hujah daripada pihak lain dan kemukakan hujah anda dengan sopan dan jangan memaksa orang untuk menerima hujah anda jika perkara tersebut merupakan perkara khilafiyah.

5. Tenang ketika menjawab hujah dan berhujahlah berdasarkan fakta dan bukti, bukan atas sentimen dan tuduhan.

6. Kemukakanlah hujah-hujah yang disepakati terlebih dahulu sebelum hujah-hujah yang ada perbezaan pandangan.

7. Petiklah kata-kata orang yang dipercayai agar ia menjadi nasihat dan pedoman buat kedua-dua belah pihak.

8. Ketika berhujah, nampakkanlah di depan mata syurga dan neraka. Ini bertujuan agar hujah yang dibawa sentiasa berfokus pada kebenaran dalam mencari keredhaan Allah.
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” [ QS 16:125 ]

Ibu Bapa Mereka Lebih Berhak Kau Dahulukan

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)“. [Al-Isra’: 24]

Berdasarkan ayat 24 surah Al-Isra’, seorang anak diperintahkan untuk merendahkan diri mereka dihadapan ibu bapa. Allah memerintahkan hambanya untuk tunduk dan patuh pada suruhan ibu bapa selagi mana suruhan itu tidak bercanggahan dengan syariat islam. Pada akhir ayat ini juga, orang mukmin diajar satu doa yang sangat besar maknanya untuk kita tafsirkan serta lafazkan setiap hari.

Realiti kehidupan kita
Semenjak kita dilahirkan, kita dibesarkan oleh ibu bapa dengan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh. Menyusuri zaman kanak-kanak, tanpa kita sedari, pelbagai pengajaran dan pelajaran telah dititipkan oleh ibu dan bapa sepanjang tempoh mengenal dunia. Setelah menjangkau 5 tahun, kita mula bersekolah. Ibulah orang yang menanti kita ditepian tinta bersama senyuman penuh sokongan agar tidak tertitis air mata anaknya yang baru melangkah kealam persekolahan. Melangkau kealam sekolah rendah, kita semakin berani, rakan-rakan menjadi ramai, sekolah menjadi lebih menarik dan ibu, masih di sini, setia menanti di tepian dipagar setiap jam 1 tengah hari.

UPSR menjanjikan tiket untuk bergelar budak asrama. Hati si ibu berasa syukur pabila perihal anaknya ditanya teman-teman di pejabat dan jiran tetangga, tetapi dalam hati seorang ibu, terasa risau, gelisah dan tidak keruan melihat pemergian anak kesayangan dari sisinya buat pertama kalinya. Zaman asrama bermula, hubungan kian merenggang, rakan-rakan kita utamakan, dan ibu, setiap minggu menanti panggilan anak kesayangan di tempat orang. Apabila cuti sekolah bermula, kita pulang. Bukan jasa bakti yang kita berikan, malah itu ini yang kita pinta ibu tunaikan. Dengan penuh kasih sayang, ibu dengan girang hanya mengiakan segala kehendak anak kesayangan dan berkata, “Nanti ibu buat ya. Tidurlah lama sikit, penat anak ibu belajar kat asrama…”

SPM kita hadapi dengan mudah berkat doa, tangisan dan rintihan ibu siang dan malam memohon tuhan agar dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah, result bukan calang-calang, kita sudah mula pandai celebrate dengan rakan-rakan, dan ibu? Di mana kita letakkan? Hati kecil berdesis mahu meraikan kegembiraan bersama si ibu, dan dalam pada itu, ada suara yang membujuk berkata, “Tak apa, dah telefon tadi cakap result ok…”

Hari berganti hari, anak kesayangan ditawarkan melanjutkan pelajaran keluar negara. Hati ibu riang berbunga, tapi jauh di sudut hati kecilnya, sekali lagi, naluri keibuan tersentak, anak tersayang akan diragut jauh sekali lagi atas nama pendidikan. Kasihnya ibu pada si anak sanggup memujuk hati, “Tak apa, ibu relakan demi masa depan anakku yang gemilang.”
Hari berganti hari, tahun berganti tahun, hidup kita di perantauan tetap sama, setiap hari disibukkkan dengan kelas dan hujung minggu dipenuhi dengan aktiviti bersuka ria disamping teman-teman yang ramai di luar negara. Ijazah luar negara yang kita janjikan pada ibubapa tidak kita ambil berat, pada kita, “asal pass sudey!” Berapakah harga pengorbanan seorang ibu yang kita letakkan? Cukupkah hanya dengan nilai lulus takat hidung? Patutkah semurah itu kita dagangkan pengorbanan seorang bernama IBU?

Sama-sama kita renungkan…
Dalam satu hadisnya Nabi Muhammad SAW bersabda:
Menurut Abu Hurairah RA telah diceriterakan :“Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah SAW menanyakan : “Siapakah orang yang lebih berhak untuk saya berbuat baik padanya?” Jawab Nabi : “Ibumu.” Tanya laki-laki: “Sesudah itu siapa ?” Jawab Nabi : “Ibumu.” Tanya laki-laki :”Sesudah itu Siapa?” Jawab Nabi : “Ibumu.” Tanya laki-laki : “Sesudah itu siapa?” Jawab Nabi : “Sesudah itu Bapamu”.

Menerusi hadis ini sudah terang lagi jelas bahawa ibu bapa terutamanya ibu mempunyai hak yang amat tinggi terhadap diri dan masa kita. Sewajarnya, sebagai anak kita perlulah cuba sedaya upaya untuk membalas jasa ibu bapa sementara peluang yang diberi Allah masih terbuka untuk kita menyemai bakti pada kedua ibu bapa.

Formula menjadi anak yang soleh dan solehah
Jadi apa tunggu lagi, marilah kita berusaha untuk merebut gelaran sebagai anak soleh dan solehah agar dengan harapan dapat emmberikan sedikit kegembiraan bagi kedua insan yang telah banyak menyumbang bakti pada diri kita.

1) Sentiasa berdoa akan kesejahtaraan ibu bapa di dunia dan di akhirat
Ayat diatas telah memberi satu contoh doa yang patut kita sisipkan pada setiap hari terutamanya setelah selesai solat.

2) Menyenangkan hati ibu dan bapa
Marilah sama sama kita berusaha untuk mencapai ciri qurrata a’yun (penyejuk mata) bagi kedua ibu bapa kita seperti yang disebut dalan Al-quran, Suratul Furqan, ayat 74. Ini dapat praktikkan dengan beberapa cara seperti:

  • Memiliki akhlak dan budi pekerti yang terpuji
  • Menjaga nama baik ibu bapa
  • Menghormati rakan-rakan ibu dan bapa
  • Member hadiah pada ibu dan bapa terutamanya pada ulang tahun keraian kita sebagai tanda terima kasih kita atas penat lelah ibu bapa kita melahirkan, membesarkan dan memndidik kita hingga ke saat ini.
 3) Sentiasa merendahkan diri dihadapan mereka

  • Membantu ibu bapa. Untuk menjadi anak yang soleh, kita perlulah meluangkan masa unutk membantu ibu dan bapa meskipun tidak sekali mereka meminta bantuan kita. Jangan sekali-kali kita merasa bahawa bakti yang kita alkukan adalah cukup unutk menebus segala pengorbanan yang dilakukan oleh ibu dan bapa.
  • Sentiasa berhubung dan bertanya khabar mereka jika tinggal berjauhan
  • Memohon maaf jika berlaku sebarang perselisihan faham meskipun kita yakin kita berada di pihak yang benar.

Ingatlah, Suatu hari nanti kita akan menjadi ibu dan bapa!

Wallahua’lam

Isnin, 26 November 2012

Tarbiyah Ibu dan Anak

Bak kata pepatah ‘Melentur buluh biarlah daripada rebungnya’.
Tarbiyah anak-anak, perlu daripada awal usianya. Tetapi, untuk melahirkan anak- anak yang hebat, perlulah disediakan ibunya yang hebat dahulu.

Berdasarkan kajian dalam bidang perubatan, indeks kesakitan dan kematian yang berlaku selepas bersalin dapat dikurangkan dalam jumlah angka yang banyak dengan adanya program pendedahan yang baik kepada bakal-bakal ibu dengan ilmu perbidanan yang baik. Sebagai contohnya, para ibu perlu tahu nutrisi seimbang yang diperlukan oleh seorang ibu yang mengandung. Mereka perlu mengambil makanan yang diperlukan oleh tubuh badan mereka dan bayi mereka. Para ibu perlu tahu, pertambahan berat badan sebanyak 10 hingga 15 Kg adalah diperlukan semasa mengandung.

Persediaan mental dan fizikal amatlah penting untuk seorang wanita dalam menyediakan dirinya menerima kehadiran orang baru dalam hidupnya. Apatah lagi masa hadapan orang baru ini amat-amat bergantung kepadanya.

Segala tindak-tanduk para ibu, semasa dan selepas bersalin, hatta sebelum terciptanya bayi ini dalam rahimnya akan memberi kesan kepada tumbesaran bayi ini. Kalau kita lihat, ada kajian mengatakan para ibu yang mengandung dan mendengar muzik sentimental dapat menggalakkan kadar peningkatan IQ bayi. Maka, sudah tentu segala tindak tanduk para ibu dapat memberi kesan kepada bayi. Andai ibunya sentiasa membaca al-quran, pasti bayi juga dapat mendengarnya dan sudah terbiasa dengan kalam-kalam Pencipta semenjak sebelum dia dilahirkan ke dunia.

Apa pula akan jadi kalau si ibu sentiasa menghabiskan masa-masa senggang ketika mengandung dengan perkara-perkara sia-sia, seperti menonton movie dan bermain games. Pasti tabiat ini juga akan menjejaskan bayinya.

Kita lihat keadaan  para remaja sekarang dan apa yang dilakukan oleh mereka sewaktu masa senggang mereka. Sedangkan para remaja permpuan inilah yang bakal menjadi para ibu, dan melahirkan generasi seterusnya. Generasi harapan untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi.
Maka, untuk melahirkan generasi yang benar-benar bermutu tinggi, yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah, perlulah mengubah generasi para ibu mereka. Kata pepatah itu sangat benar, dan mungkin sebelum benih rebung ditanam, pilihlah benih dari baka yang baik dan keadaan tanah yang subur juga perlu diambil kira. Barulah menghasilkan buluh yang bermutu.

Kenali Allah S.W.T..

Telah menulis Hujjah al-Islam Imam al-Ghazali di dalam kitabnya yang cukup terkenal dan mempunyai berkat dan manfaat yang besar, Ihya’ Ulum al-Din: Allah bukan merupakan benda yang dirupakan. Bukan merupakan atom yang terbatas. Allah tidak menyamai benda baik dalam perkiraan mahupun bahagiannya. Allah bukan merupakan jasad dan jasad tidak berada pada-Nya. Allah bukan merupakan aradh dan tidak ditempati aradh. Allah tidak menyerupai sesuatu yang ada dan sesuatu yang ada tidak menyerupai Dia. Tidak ada yang serupa dengan Dia dan Dia tidak serupa dengan sesuatu. Allah tidak terbatas oleh ukuran. Allah tidak terlingkup oleh daerah. Allah tidak terlingkup oleh arah. Allah tidak dikelilingi oleh langit dan bumi. Allah beristiwa’ atas arasy dengan istiwa’ yang Dia kehendaki. Istiwa’ yang jauh daripada sentuhan, bertempat dan berpindah. Allah tidak dipikul oleh arasy. Bahkan arasy dan semua pemikulnya berada dalam kekuasaan-Nya dan tunduk di bawah perintah-Nya. Allah tidak bertempat dalam sesuatu, sebagaimana tidak ada sesuatu yang bertempat pada-Nya. Allah tidak terlingkup oleh ruang sebagaimana tidak terlingkup oleh waktu. Allah ada sebelum Dia menciptakan waktu dan ruang. Allah sekarang ini ada pada apa yang ada pada-Nya. Allah lepas daripada mahluk-Nya dengan sifat-Nya. Tidak ada selain Dia pada Zat-Nya dan Zat-Nya tidak ada pada selain Dia. Allah Maha Suci daripada hal-hal yang baru, iaitu perubahan dan perpindahan. Allah tidak ditempati oleh mahkluk dan tidak terjadi hal baru pada-Nya. Allah sentiaa bersifat kebesaran dan suci daripada sirna. Dalam kesempurnaan-Nya Allah tidak memerlukan tambahan kesempurnaan-Nya. Allah diketahui ada-Nya dengan akal. Allah Zat-Nya boleh dilihat dengan mata sebagai nikmat dan anugerah bagi orang-orang yang berbakti di syurga. Itu sebagai penyempurna nikmat dengan memandang Zat-Nya Yang Mulia.

Bila Mesir kembali ke pangkuan Arab dan Islam

Dalam kekalutan serangan Yahudi terhadap bumi Gaza, sejarah lama kemenangan mujahidin Islam pada tahun 1973 perlu diungkapkan kembali. Peperangan dikenali dengan perang 6 Oktober 1973 atau 23 Ramadhan telah merubah banyak senario politik dunia terutamanya Timur Tengah. Peperangan membabitkan Terusan Suez dan Semenanjung Sinai. Kedua-duanya berada di bumi Mesir. Bumi Kinanah diberi gelaran oleh Saiyidina Umar Al Khattab. Bumi yang terdapatnya sungai Nil yang masih belum dijumpai hulunya walaupun telah diterokai oleh tujuh ekspedisi. Ada yang bermula dari bawah selatan benua Afrika, ada yang bermula dari atas iaitu utara Afrika. Tapi sehingga sekarang belum dijumpai secara tepat hulunya. Sungai yang pernah membatalkan acara tahunan amalan khurafat Mesir kuno yang mengorbankan seorang gadis sunti sebagai memenuhi permintaan penunggu Sungai Nil yang berlaku kekeringan apabila tuntutannya tidak dipenuhi.

Semasa pemerintahan Umar Al Faruq, Umar telah menulis sepucuk surat dan surat tersebut telah dicampakkan ke dalam sungai Nil, akhirnya Nil akur dengan seruan Umar Al Faruq agar tunduk kepada kekuasaan Allah.

Kembali kepada sejarah Terusan Suez dan Sinai. Pada tahun 1967, Yahudi telah merampas Sinai dari Mesir dan Bukit Golan dari Syria. Sinai telah dibebaskan oleh tentera Mesir pada tahun 1973, sementara Bukit Golan masih berada di tangan Yahudi. Sebahagian besar tentera Mesir mendapat tarbiah yang baik. Anak-anak tarbiah Hasan Al-Banna dan Abbas Sisi. Yahudi telah membina di bumi Sinai pelbagai peralatan senjata canggih dengan bantuan negara-negara Barat terutamanya USA. Ada maklumat yang menyatakan ianya melibatkan hampir 2000 pakar dari seluruh negara Barat. Benteng Barlif adalah antara kelengkapan yang masyhur sempena dengan nama Jeneral tentera Yahudi waktu itu.

Benteng pasir adalah benteng pertama apabila menyeberangi Terusan Suez. Benteng Barlif adalah benteng kedua yang dilengkapi dengan peralatan yang canggih. Jalanraya seumpama landasan kapal terbang terus ke Tel Aviv. Tanah Besar Mesir hanya dilengkapi dengan pos-pos kecil tentera sepanjang sempadan. Bahkan ada di kalangan tentera sempadan bersantai di bawah naungan pokok kurma.
Hasil ilham dari seorang ulama’, kerajaan Mesir telah menempah sebuah paip bomba yang besar dari Itali. Dunia tidak menyangka akan berlaku peperangan kerana riak-riak akan berlaku peperangan tidak kelihatan. Taqdir Allah Taala, dengan persiapan mental dan fizikal mujahidin dari tentera Mesir telah bertekad untuk membebaskan Sinai. Bermula di awal Subuh 23 Ramadhan bersamaan 6 Oktober 1973 mereka bermunajat dan berdoa kepada Allah. Diiringi dengan tasbih, tahmid dan takbir mereka mulakan serangan dengan pancutan air meruntuhkan benteng pasir untuk memberi laluan kepada tentera darat menyeberangi Sinai. Banyak peristiwa-peristiwa aneh berlaku sewaktu berlaku peperangan. Akhirnya mujahidin Mesir dapat hancurkan benteng Barlif. Menteri Pertahanan Yahudi waktu itu, Moshu Dayan, bermata sebiji mengaku kalah dengan menyatakan: “Aku menyangka benteng ini terlalu kuat tidak akan ditembusi oleh sebarang senjata rupa-rupanya ia diperbuat daripada susu.”

Semasa serangan tentera Yahudi leka dan sedang berehat rehat hujung minggu dan mereka tidak menyangka mujahidin Mesir akan menyerang mereka di bulan Ramadhan. Serangan udara dan darat dilakukan serentak. Mujahidin Mesir memohon dari kerajaan Mesir untuk terus ke Tel Aviv dan bebaskan Aqsa. PM Mesir waktu itu tidak membenarkan dengan alasan: “Aku hanya PM untuk Mesir sahaja”. Ringkas cerita apabila mereka kembali telah disambut dengan trak-trak polis dan dihumban ke penjara kerana fikrah yang mereka bawa. Jasa mereka kepada negara diketepikan begitu saja.

Hasil dari peperangan tersebut senario kuasa politik dan ekonomi dunia berubah. Negara-negara Arab telah menggunakan kuasa petrol dengan menghentikan ekspot petrol serta merta ke mana mana negara terutama negara yang memberi sokongan kepada Yahudi . Harga petrol sekitar US 17 telah melambung ke US 40. Harga barang meningkat berkadar terus dengan harga petrol. Simpanan petrol di sebahagian besar negara paling lama boleh bertahan 2 minggu sahaja. Ada negara seperti India mampu bertahan untuk 2 atau 3 hari sahaja. Seingat saya Jepun mampu bertahan untuk tempoh 9 hari sahaja. Dunia berkecamuk . Yahudi berusaha untuk berdamai dengan Mesir menggunakan orang tengah USA dan Barat.

Yahudi dan negara Barat berusaha untuk adakan perdamaian dengan Mesir tetapi diletakkan syarat gerakan dakwah Ikhwan Muslimin mesti dilenyapkan. Mereka cuba untuk pisahkan Mesir dengan negara-negara Arab dan akhirnya berjaya dengan termeterinya perjanjian Camp David pada tahun 1982 dibawah seliaan Jimmy Carter Presiden USA . Mesir terpisah dari negara Arab secara strategi bermula tahun 1982 sehingga kejatuhan Husni Mubarak. Kebuntuan masalah petrol dunia dilanggar oleh Kuwait di bawah Malek Sobah. Kuwait hanya satu-satu negara Arab yang melanggar larangan tersebut. Setelah dipujuk oleh USA, petrol Kuwait telah memenuhi pasaran dunia terutama ke USA. Ekonomi dunia hampir lumpuh termasuk USA. Kapal-kapal minyak Kuwait telah menggunakan bendera USA untuk mengekspot petrol keluar negara.

Mudah-mudahan dengan kembalinya Mesir ke pangkuan Arab dan Islam, mengembalikan semula kegemilangan Uthmaniah dan Al-Fateh, dunia Arab dan muslimin keseluruhannya akan bersatu dan berpadu satu agama satu aqidah. Kembalikan kegemilangan Melayu dengan Islam. Kita semua bersaudara. Angkatlah bendera Islam memberi keadilan keseluruh alam. Allah Matlamat Kami, Rasul Qudwah Kami, Quran Dustur Kami, Jihad Jalan kami, Syahid Cita-cita Kami. Allahu Akbar walillahil Hamd.

Doa Hidayah Kepada Yang Zalim Lebih Aula Daripada Doakan Kehancurannya

Sepertimana Allah melarang kita melakukan kezaliman terhadap makhlukNya atau cenderung kepada mereka yang zalim dalam kezalimannya, Allah juga melarang kita melampaui batas dalam bertindak terhadap mereka yang zalim terutama di kalangan muslimin.

Malah mengharapkan hidayah Allah kepada mereka adalah sesuatu yang dituntut, kerana ia memberi faedah jangka panjang kepada Islam dan Muslimin.

Rasulullah pernah meminta hidayah untuk orang-orang Taif yang menzalimi baginda semasa baginda ke Taif untuk meminta perlindungan walaupun Jibril telah menawarkan kepada baginda untuk menghancurkan orang-orang Taif itu dengan menghempapkan bukit ke atas mereka.
اللهم اهدى قومي فانهم لا يعلمون
“Ya Allah, berilah hidayahMu kepada bangsaku (Arab Taif), sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”
Terbukti doa Rasulullah s.a.w itu dimakbulkan Allah dan terbukti memberi faedah yang lebih kepada Islam dan Muslimin selepas itu di mana Arab Taif telah memeluk Islam selepas pembukaan Mekah serta kuat mempertahankan Islam selepas itu sehingga apabila sebahagian kabilah Arab murtad selepas Baginda wafat tetapi kabilah Arab Taif tetap dengan Islam dan tidak terlibat dengan riddah yang diperangi oleh Khalifah Abu Bakar.

Begitu juga Rasulullah pernah berdoa untuk diberikan hidayah kepada salah seorang dari dua Umar yang amat kuat menentang Islam semasa Muslimin ditindas di Mekah sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah iaitu Umar bin al-Hakam (Abu Jahal) atau Umar al-Khattab.

Bagi saya, doakan hidayah akan menghentikan kezaliman serta menukar yang zalim kepada adil dan menambah bilangan orang yang baik serta kebaikannya selepas itu.
Adapun doakan kehancuran hanyalah menghapuskan si zalim dan kezalimannya sahaja dan tidak akan menambah apa-apa.

Tujuan asal doa dan dakwah di dalam Islam adalah untuk menambahkan kemakmuran di dunia ini dengan bertambahnya orang-orang baik dan soleh serta kebaikannya dan meramaikan ahli syurga di akhirat. Bukan tujuannya untuk menghancurkan sesiapa ini atau meramaikan ahli neraka di akhirat kelak.

Sedarkah Kau wahai Anak, Ayah Kau Telah Berjasa Padamu


anak--> mak nak duit.

mak--> maaf nak,mak nak simpan duit ni untuk bayar sewa rumah.

anak--> kenapa dulu ayah tak nak beli rumah, jadi kita tak payah la nak dok umah sewa lagi. dah la sempit, tak best.


mak--> bersyukur la nak dengan apa yang ada. dulu ayah kamu seorang yang berhati hati dalam berbelanja. namun kerana sesuatu perkara yang tak dapat dielakkan, duit yang ayah kamu simpan untuk membeli rumah telah ayah kamu gunakan kepada sesuatu yang lain.
anak--> arghhh alasan semua tu...kita ni hidup susah melarat macam ni pun sebab ayah la... pemalas. tengok sekarang apa yang kita kena hadapi.
emak--> jangan cakap macam tu nak. tak baik. kesian kat ayah kamu kalau dia dengar pasti dia terasa hati..
anak--> ayah takkan dengar punya.. dia kan dah takda...tu la dulu hidup banyak nyusahkan orang...dah mati pun nyusahkan orang...
emak--> nak tahu kenapa ayah kamu ninggal?
anak--> alaa mesti kes jenayah la tu.
emak--> yer ayah kamu ada buat salah.. tapi bukan kesalahan jenayah. kesalahan ayah kamu ialah dia sanggup memindahkan sebahagian hatinya untuk kamu. dan bayaran yang digunakan untuk menjalani pembedahan itu menggunakan wang untuk membeli rumah. dia telah mengalami komplikasi serius akibat kehilangan darah yang mendadak. dia lakukan semata mata untuk melihat anaknya yang baru berusia dua tahun itu dapat berjalan semula dan ketawa menghiburkan hatinya. dia tak fikirkan masa depannya, dia hanya fikirkan masa depan anaknya. sebelum meninggal ayah kamu ada berpesan "mah, andai abang pergi dahulu, abang harap mah jagalah anak kita dengan sebaik mungkin. berilah dia kasih sayang yang berhak dia dapat. mah, abang rasa masa abang dah sampai. halalkan segala galanya mah. abang banyak buat salah kat mah. abang tak dpat jadi suami yang sempurna untuk mah. namun abang tinggalkan mah dengan zuriat yang mampu menemani mah ketika abang tiada. mah, abang sakit ni. sakit mah... tapi abang sanggup menahannya untuk anak abang."
anak--> mak ckap apa ni?
emak--> buka la belakang jam peninggalan ayah kamu yang kamu pakai tu... ingat tak dulu kamu begitu suka dengan jam itu kerana jam itu sebagai penganti ayah kamu. kamu yang berkata begitu kan? nah sekarang buka lah belakang jam tu.
anak--> ada nota..."anak ku, andai kamu telah membaca surat ini, ketahuilah akan dikau ayah telah lama berada dalam hatimu... kasih ayah padamu tiada berakhirnya...ayah tunggumu di syurga... jaga la emakmu sepemergian ayah ini...anakku sayang..."
emak--> inilah orang yang kamu benci sebenarnya berada dalam hati kamu sendiri..
anak-->emak ampunkan dosa saya mak....ayah maafkan saya ayah...ya Allah tempatkanlah ayahku ditempat orang orang yang Engkau redhai...mak mulai sekarang saya akan membela hidup kita sekeluarga..
emak--> alhamdulillah..syukur kepada Allah..
~sesapa yang punya ibu dan ayah lagi, berbuat baiklah kepada mereka... kepada yang dah kehilangan mereka...sentiasalah memohon doa kepada Allah untuk mereka...

Dia Serikandi Berani

Diriwayatkan sumbangannya dalam dunia Islam sangat besar. Diingati dia bukan kerana lembutnya tetapi lantaran tegas si dia dan beraninya bak singa, kasihnya kepada baginda hingga sanggup berkorban nyawa dan cekal jiwanya membesarkan  Az-Zubair, As-Saib dan Abdul Ka’bah walaupun tanpa kehadiran zauj tercinta. Beliau ialah Safiyyah Abdul Mutalib, sahabiyah yang tidak asing lagi dengan keberanian dan ketegasannya.

“Pergi dari sini! Kau tak punya emak lagi!”
Perang Uhud menjadi saksi betapa Safiyyah sangat berani dan tidak gentar melawan musuh. Peperangan Uhud ini antara yang memberi kesan hebat kepada jiwa Safiyyah kerana dia kehilangan saudara kandungnya, Hamzah, yang dibunuh dengan kejam dalam peperangan itu. Tentera Islam mengalami ujian getir dalam Perang Uhud apabila mereka diserang balas oleh musuh ketika sedang leka mengumpul harta rampasan. Mereka bertempiaran melarikan diri sehingga Safiyyah berang lalu mencapai sebilah lembing. Dia mengacu-acukan lembing itu kepada orang ramai yang bertempiaran seraya menjerit-jerit marah kerana mereka meninggalkan Rasulullah sehingga baginda tercedera.
Rasulullah melihat kemarahan Safiyyah lantas berpesan kepada Az-Zubair supaya menghalang ibunya daripada terus mara. Baginda bimbang Safiyyah tidak tabah menahan sedih sekiranya melihat mayat Hamzah yang mati dalam keadaan dikerat-kerat oleh tentera musuh. Namun Safiyyah menolak anaknya sambil menjerit, “Pergi dari sini! Kau tak punya emak lagi!”
Az-Zubair sangat terkejut dan mengadu kepada Rasulullah.  Namun begitu, dengan penuh ketenangan Rasulullah  berkata, “Sudah, biarkan dia.” Orang ramai memberi laluan kepada Safiyyah untuk mara ke hadapan. Wanita itu beristighfar melihat mayat Hamzah, lalu berkata kepada anaknya, “Katakan kepada Rasulullah. Kami tidak senang dengan apa yang berlaku kepada sabilillah ini, tetapi mudah-mudahan kami akan menahan diri dan bersabar.”
Begitulah Safiyyah dengan sifat sabar dan kecekalan hatinya.

Berani bak singa.
Dalam peperangan Khandak pula,  Safiyyah sekali lagi telah membuktikan keberaniannya dengan membunuh seorang yahudi Bani Quraizah. Ketika itu, semua anggota keluarga Rasulullah dikumpulkan di dalam benteng Hassan bin Tsabit. Benteng itu sangat teguh dan berupaya melindungi semua yang berlindung di dalamnya. Ketika perang sedang meruncing, seorang lelaki Yahudi Bani Quraizah datang mendekati benteng dan berlegar-legar di sana.
Melihatkan bahaya yang akan menjelma, Safiyyah segera memberitahu Hassan tentang kehadiran Yahudi itu yang sedang mengintip mereka. Safiyyah meminta Hassan untuk keluar dan membunuh Yahudi tersebut. Namun Hassan menjawab, “Moga-moga Allah mengampuni kau, puteri Abdul Mutalib. Demi Allah, kau memang sudah tahu, bukanlah aku orangnya yang hendak kau suruh turun ke bawah sana.”
Mendengarkan ketidaksanggupan itu, Safiyyah lantas turun dari benteng , mencapai sebatang kayu dan membunuh Yahudi tersebut.

Refleksi.
Kembali melihat diri kita. Andai diletak dalam situasi yang sama, adakah mampu hati ini setabah Safiyyah? Tegas tetapi bukan keras. Berani dan bukan hanya duduk di barisan belakang dan bersembunyi?
Semoga ini dapat menjadi cita-cita kedua iaitu untuk menjadi seorang ‘Safiyyah’.
Wallahua’lam.

Oleh:
Fatin Hamidah binti Mustafa
Tahun 2 Perubatan
Jordan University of Science and Technology

Ahad, 25 November 2012

Al-Mu'awwizatayn

AKU BERLINDUNG DENGANMU YA ALLAH …
Sabda Rasulullah s.a.w;
Bacalah “Qul huwwallahu ahad” dan al-Mu’awwizatayn pada waktu petang dan pada waktu pagi sebanyak tiga kali. Akan cukup bagi kamu pemeliharaan dari setiap sesuatu.

(Tirmizi, Kitab al-Da’awat, no. 3529)

Al-Mu’awwizatayn yang dimaksudkan oleh hadis di atas ialah dua surah yang menggunakan perkataan “Qul a u’zu” bermaksud aku memohon perlindungan. Maka al-Mu’awwizatayn ialah dua surah pelindung dan surah yang dimaksudkan ialah surah al-Falaq dan surah al-Nas. Dalam beberapa hadis, Nabi s.a.w menyebut al-Mu’awwizat. Ketika itu ia bermaksud surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas.
Ketiga-tiga surah di atas bermula dengan perkataan “Qul” yang bermaksud katakanlah. Ia menerangkan bahawa Allah mengajarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w supaya memohon perlindungan hanya dari Allah, dari sebarang bahaya yang datang dari makhluknya. Maka hadis di atas mengajarkan kepada kita bahawa cara untuk mendapat perlindungan adalah dengan mengamalkan surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah al-Nas sebanyak tiga kali setiap pagi dan petang.
Hakikatnya, kandungan ketiga-tiga surah tersebut iaitu surah al-Fatihah dan al-Mu’awwizatayn adalah merupakan sebuah doa yang diajarkan Allah. Allah mengajarkan sebuah doa yang amat diperlukan oleh hamba-hamba Nya dan menyatakan hanya Dialah yang mampu memberi pertolongan.
Surah al-Ikhlas
Surah ini membicarakan tentang tauhid yang tulus dan suci terhadap Allah SWT. Surah ini menyucikan Allah dari sebarang kekurangan dan membebaskan dari sebarang penyekutuan. Ia juga membicarakan tentang perkara-perkara asas dan prinsip agama.
Maka, apabila surah ini dibacakan, ia seolah-olah sebuah ikrar dari seorang hamba akan keesaan Tuhannya. Ia adalah sebuah pengakuan bahawa tiada kekuatan dan kekuasaan selain dari Tuhannya. Hanya Allah tempat memohon pertolongan dan tempat pergantungan. Segala ciptaan dan makhluk Nya adalah lemah dan tidak ada kuasa dan Allah mampu mengalahkan segala kekuatan yang wujud.
Surah al-Falaq
Kandungan surah al-Falaq jelas menunjukkan kepada kita supaya memohon perlindungan dari Allah. Pertamanya dari sebarang bahaya yang datang dari makhluk-makhluk Nya sama ada dari manusia, binatang, yang nampak dan yang tidak nampak. Seterusnya ayat itu mengajar kita supaya memohon perlindungan dari bahaya yang biasanya berlaku pada waktu malam. Pada kebiasaanya, kejahatan lebih mudah dan banyak timbul tatkala malam menyelubungi bumi. Surah ini juga mengajar kita supaya memohon perlindungan dari bahaya bomoh-bomoh dan sihir-sihir buatan mereka dan juga dari hasad para pendengki.
Maka Allah ajarkan supaya meminta dari Nya yang bersifat al-Rabb iaitu Yang Memelihara, Menjaga dan Melindung. Dengan sifat Nya ini, Dia akan menjaga dan memelihara hamba Nya yang memohon kepada Nya.
Surah al-Nas
Surah al-Nas adalah surah untuk memohon perlindungan dari Allah dari manusia, jin dan syaitan. Surah ini adalah surah memohon perlindungan dari Tuhan yang mempunyai sifat-sifat yang agung iaitu yang Memelihara dan Menguasai manusia serta Tuhan yang disembah. Sifat yang dimaksudkan ialah al-Rabb (Yang Memelihara, Membimbing, Mengarah, Menjaga dan Melindung), al-Malik (Yang Memiliki, Memerintah dan Mentadbir) dan al-Ilah (Yang Mengusai segala-galanya). Semua sifat-sifat ini berkuasa memberi pertolongan dari kejahatan-kejahatan yang meresap ke dalam hati manusia di mana manusia tidak mengetahui bagaimanakah caranya hendak menolak kejahatan-kejahatan yang tersembunyi itu.
Perlindungan Hanya Dari Allah
Hakikatnya, semua perkara di atas adalah perkara yang sering menghantui, menakutkan dan membimbangkan kita sama ada ia sulit ataupun terang, yang diketahui atau yang tidak diketahui. Allah tahu apa yang kita perlukan. Kerana itulah Allah turunkan surah-surah ini. Allah katakan bahawa yang mampu dan yang boleh memberikan perlindungan dari perkara-perkara tersebut hanyalah Allah. Kerana itulah Dia mengajarkan supaya memohon perlindungan dari Nya. Permohonan adalah bermula dengan puji-pujian terhadap keesaan, kebesaran dan keagungan Allah serta pengakuan bahawa tempat memohon perlindungan hanyalah Allah. Ia dizahirkan di dalam surah al-Ikhlas. Ia kemudiannya diteruskan dengan memohon pertolongan Allah yang bersifat sebagai al-Rabb, al-Malik dan al-Ilah iaitu pada surah al-Falaq dan al-Nas.
Seolah-olahnya Allah berkata dengan penuh kasih sayang ; “Marilah kepada Ku wahai hamba-hamba Ku. Marilah masuk ke dalam perlindungan Ku dan naungan Ku. Aku tahu kamu lemah dan mempunyai banyak musuh dan di sekeliling kamu ada berbagai-bagai kejadian yang menakutkan. Hanya di sini saja kedamaian, ketenteraman untuk kamu.”

Dibaca Dalam Pelbagai Keadaan
Disebabkan kelebihannya yang terlalu besar, maka baginda s.a.w telah mengamalkan tiga surah ini dalam banyak keadaan. Antaranya;
1) Ketika hendak tidur dan bangun dari tidur.
Dari Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w apabila ia hendak tidur pada setiap malam, ia merapatkan kedua tapak tangannya kemudian menghembuskannya dan membacakan padanya “Qul huwwallahu ahad” dan “Qul a ‘uzubirabbil falaq” dan “Qul a ‘uzubirabbinnas” kemudian ia menyapu kedua tangannya itu pada tempat yang boleh dicapai pada tubuhnya bermula dengan kepala, wajah dan tubuhnya. Ia melakukan demikian sebanyak tiga kali. (Bukhari, Kitab Fadail al-Quran, Bab Fadail al-Muawwizat, no. 4657)
2) Ketika sakit
Dari ‘Aisyah r.a bahawa Rasululllah s.a.w telah membacakan ke atas dirinya al-mu’awwizat dan menghembuskannya. Aisyah berkata lagi; tatkala baginda s.a.w jatuh sakit, aku telah membacakan ke atasnya dan menyapu tubuh badan baginda s.a.w dengan telapak tangan baginda sendiri kerana mengharapkan keberkatan tangannya. (Bukhari, Kitab Fadail al-Quran, baba Fadail al-Muawwizat, no. 4656)
3) Selepas solat
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir telah berkata; “Rasulullah s.a.w telah menyuruh aku supaya membaca al-Mu’awwizat selepas setiap solat.” (Abu Daud, Kitab al-Witr, Bab fi al-Istighfar, no. 1306)
Sangat mudah bukan. Tiga surah yang pendek tetapi mempunyai fadilat yang sangat besar. Maka apakah kita masih mengharapkan dan bergantung pada yang lain selain Allah?
Pintalah kepada Allah. Mohonlah kepada Nya. Selain Allah tidak berupaya memberikan pertolongan yang di harapkan oleh manusia. Selain Allah semuanya lemah baik dari kalangan jin mahupun manusia. Kita juga tidak perlu kepada tangkal dan azimat bahkan ia boleh membawa kepada rosaknya akidah. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Pemberi perlindungan.
Kerana itulah Rasulullah s.a.w ada mengingatkan:
“Kiranya kamu mahu meminta pertolongan mintalah pertolongan dengan Allah.”
(Tirmizi, Kitab sifat al-Qiyamah wa al-Wara’, no. 2454)