Jumaat, 22 Januari 2016

Sains Di Sebalik KENTUT atau FART( Frequence Actuated Rectal Tremor)


Ya, tajuk ini agak memualkan
Namun, ia harus dijelaskan oleh sains untuk mendapatkan gambaran bagaimana aktiviti-aktiviti biologi memberi kesan terhadap tubuh manusia.
Soalan asas ialah kenapa manusia dan sebahagian mamalia lain membebaskan angin dari dubur. Dalam bahasa inggeris ia diistilahkan sebagai ‘fart’. 
FART sebenarnya singkatan untuk Frequence Actuated Rectal Tremor atau frekuensi getaran rektal. Jawapan mudah kepada persoalan ini ialah, kerana manusia makan atau minum
Gas usus berasal dari beberapa sumber. Ia terdiri boleh terdiri dari udara yang disedut, gas yang merembes pada usus dari darah, gas terhasil dari tindakbalas kimia dalam usus dan gas yang terhasil dari bakteria dalam usus.
Ketika menelan makan, udara akan turut bersama-sama ketika itu. Ketika bersendawa, harus juga diingat bahawa ia adalah salah satu aktiviti menyingkirkan gas dari tubuh. Cuma kentut pula terhasil dari pembebasan gas yang dihasilkan oleh bakteria di saluran usus yang lebih rendah.
Teknologi Nyahbau Kentut diperkenalkan
Dalam proses penukaran makanan menjadi nutrisi berguna yang diperlukan oleh tubuh,  makanan yang dikunyah ditelan dan bergabung dengan asid-asid tertentu dalam badan akan menghasilkan  produk sampingan iaitu gas hidrogen sulfida. Bau gas ini seakan-akan bau telur busuk.
Walaupun demikian, tindakbalas setiap tubuh adalah berbeza-beza. bahan-bahan yang menghasilkan gas terbesar dalam badan adalah gula, terutamanya 4 jenis gula seperti berikut:
Fruktosa
Bahan semulajadi dalam tanaman seperti bawang, jagung, gandum.
Laktosa
Bahan semulajadi dalam susu.
Rafinosa
Unsur-unsur dalam kekacang, brokoli, kobis, asparagus dan sayuran lain.
Sorbitol
terkandung dalam hampir semua jenis buah-buahan.

Kentut adalah proses normal yang menyihatkan. Namun ia harus mengambil kira faktor persekitaran dan moral bagi mengelakkan ketidakselesaan orang lain di sekeliling.

SUMBER  enkivillage.com
                majalahsains.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan