Khamis, 29 November 2012

LUANGKAN MASA 2 MINIT MEMBACANYA

1. Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD
2. Aku adalah tempat yang paling smpit, maka luaskan aku dengan ber SILATURAHIM
3. Aku adalah tempat yang paling sepi, maka HIBURkanlah aku dengan pembanyak baca AL-QURAN

4. Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan,maka racunilah ia dengan AMAL SEDEKAH
5. Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bila mana tidak tidak solat,maka bebaskanlah aku dari sempitan itu dengan SOLAT.
6. Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat sakit,bebaskan rendaman itu dengan berPUASA
7. Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyak mengucap Kalimah ''LAILAHAILALLAH''


"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan di sempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang di jauhkan dari neraka dan di masukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.''
(Surah Ali Imran 3:185)

Rabu, 28 November 2012

SEISTIMEWANYA HUZAIFAH AL YAMANI,penyimpan rahsia Rasulullah..



Nama sebenarnya ialah Huzaifah bin Yaman bin Jabir al- Abasi RA. Dia telah memeluk islam bersama-sama ayahnya. Namun, ayah Huzaifah RA syahid secara tidak sengaja kerana terbunuh oleh bunuh orang islam. Orang Islam pada masa itu tersalah sangka kerana menyangkakan ayahnya musuh, padahal ayahnya terlewat sampai untuk mengikuti pasukan tentera Islam pada masa itu. Ketika itu ayahnya menutup muka dengan selendang, jadi orang- orang Islam tidak dapat kenal siapa. Belum sempat Huzaifah RA selamatkan ayahnya, ayahnya telah meninggal sewaktu Huzaifah RA tiba berhampiran. Pada ketika itu, Huzaifah RA cuma berkata, "semoga Allah mengampunkan dosa kamu, sesungguhnya Allah itu Arhamur Rahimin." Bila dibayar denda untuk ayahnya, Huzaifah RA membahagi-bahagikan sahaja wang tersebut kepada orang miskin pada masa itu juga.

Penyimpan rahsia Nabi SAW:
· memegang amanah menyimpan nama orang-orang munafik - Allah memberitahu Nabi SAW berikutan larangan untuk solat jenazah bagi orang-orang munafik, (lepas kematian Abdullah bin Ubai, ketua munafik masa itu (anak Abdullah bin Ubai, namanya Abdullah bin Abdullah - perfect sahabat, bukan munafik)

· Bila Umar RA dilantik menjadi khalifah, Umar RA pernah bertanya kalau ada gabenor-gabenor yang dilantik terdiri daripada orang munafik. Huzaifah RA memberitahu ada seorang, tetapi tidak diberitahu siapa gerangannya- Umar memecat sendiri berdasarkan pemerhatiannya.

· Umar RA pernah bertanya kepada Huzaifah tentang dirinya sendiri, adakah dia tergolong dalam senarai orang munafik? Huzaifah RA terkejut, kerana seorang Amirul mukminin yang hebat bertanyakan soalan seperti itu. Pada mulanya beliau enggan memberitahu, tetapi Umar RA tetap ingin tahu, akhirnya Huzaifah RA memberitahu beliau, dan beliau bersumpah tidak akan memberitahu sesiapa selepas ini jika ada orang yang bertanyakan seperti Umar RA lagi.

· Umar RA akan tanya apabila ada satu- satu kematian, sama ada Huzaifah RA pergi atau tidak untuk solat jenazah. Umar RA tidak akan pergi solat jenazah jika baginda tahu Huzaifah RA tidak pergi.

Sewaktu perang Khandak, Huzaifah RA menyamar menjadi pengintip. Waktu malam itu cukup sejuk dan gelap. Rasulullah SAW hendakkan seorang pergi mengintip apa yang sedang musuh-musuh lakukan waktu itu. Arahan Rasulullah ialah pergi intip dan balik, dan tidak membuat sebarang tindakan. Apabila beliau diperintahkan keluar mengintip, tiba- tiba badannya terasa panas dan selesa, tidak sejuk seperti sebelum itu. Sewaktu dalam perjalanan pergi mengintip, Huzaifah RA ternampak Abu Sufyan.

Pada waktu itu, dia mempunyai peluang untuk bunuh Abu Sufyan, memang peluang amat cerah untuk Abu Sufyan mati ditangannya. Tetapi apabila teringatkan pesanan Nabi SA,supaya tidak membuat sebarang tindakan, maka dia taat kepada perintah Rasulullah. Beliau merapati khemah orang musyrik masa itu, dan duduk bersama mereka. Ketika itu, Huzaifah RA hampir-hampir diketahui musuh, apabila salah seorang daripada musyrikin memberitahu bahawa yang antara mereka ini, ada pengintip. Jadi, semua orang disuruh memegang tangan orang yang berada di sebelah dan tanya siapakah orang itu. Huzaifah RA cepat- cepat memegang tangan orang di sebelahnya dan tanya siapa dia, sebelum Huzaifah ditanya dahulu. Maka, terselamatlah Huzaifah RA.

Hikmah Huzaifah RA tidak bunuh Abu Sufyan ialah, Abu Sufyan sewaktu itu sedang mengemas-ngemas beg dan memberitahu tentera Quraisy yang dia sudah bersedia untuk balik ke Mekah dan melupakan perang ini. Jika ada sesiapa yang hendak balik bersamanya, mereka boleh ikut sekali, dan kalau sesapa yang masih ingin meneruskan peperangan, dia tak menghalang. Kesannya, kesatuan orang- orang musyrik waktu itu terpecah apabila terdengar Abu Sufyan berkata seperti itu. Jika Huzaifah RA bunuh Abu Sufyan tadi, orang- orang musyrik tidak dengar apa yang Abu Sufyan bakal cakapkan. (dan kita semua tahu, yang Abu Sufyan kemudiannya memeluk Islam sewaktu hampir pembukaan Mekah.) Apabila Huzaifah RA balik ke khemah, badannya terasa sejuk kembali, tidak panas seperti semasa dia keluar mengintip.

Huzaifah dilantik menjadi gabenor Madain (satu tempat di Iraq) semasa Umar RA menjadi khalifah. Orang awam bersiap-siap untuk menyambut kedatangannya. Tetapi pada hari itu, Huzaifah RA datang dengan menaiki keldai, di tangannya terdapat roti dengan garam. Madain yang dulunya di bawah pemerintahan kerajaan Parsi, terdapat banyak istana. Orang ramai bertanya Huzaifah RA, istana yang manakah yang menjadi pilihannya, tetapi Huzaifah RA minta rumah biasa sahaja sebagai rumahnya, sedikit makanan untuk beliau dan makanan keldai.

Umar RA pernah memberitahu orang ramai yang baginda inginkan masjid yang penuh dengan pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah RA, Muaz bin Jabal RA dan Huzaifah RA. Untuk membuktikan kelebihan 3 orang sahabat ini, Umar RA menyuruh hambanya bawa harta dan berikan kepada ketiga-tiga sahabat ini, baginda ingin menguji reaksi ketiga-tiga pemuda ini, dan kemudiannya hamba Umar itu dikehendaki balik dan melaporkan kepada Umar RA dan orang yang duduk bersama-sama Umar pada masa itu. Apabila mendapat duit, ketiga- tiga sahabat ini telah menginfaqkan kesemua wang yang mereka peroleh. Apabila mendengar laporan itu, Umar RA berkata, "Telah aku jangkakan dan beritahu kalian tindakan mereka.."

Apabila hampir saat kematian beliau, orang ramai bertanya mengapa beliau menangis? Huzaifah RA memberitahu bahawa yang dia menangis bukan kerana sayangkan dunia, bahkan mati lagi menjadi kesukaannya, tetapi beliau risau sama ada beliau akan mati dalam keadaan Allah redha kepadanya atau sebaliknya.

Apabila hampir saat kematian, Huzaifah RA mintak dilihatkan kain kapannya. Apabila ditunjukkan kain kapan yang baik kualitinya, Huzaifah RA minta tukar yang lain, yang lebih sederhana.

Huzaifah meninggal pada tahun 36 Hijrah, 40 malam selepas kematian Sayidina Usman RA dan dimakamkan di Madain (Madain juga tempat kubur Salman Farsi RA dengan Jabir bin Abdullah RA).

Ketulusan Hati Untuk Bertaubat

disaat kita tiada sesiapa lagi kerana banyaknya dosa. ingatlah diwaktu itu Allah paling dekat dengan kita untuk menerima taubat hamba2nya tak kira siapa dia siapa mak bapa dia datuk nenek dia dulu.. Islam lebih dekat dengan Tuhannya, tak perlu perantaraan untuk bertaubat..

Selasa, 27 November 2012

Mus’ab bin Umair dan Fiqh Dakwah Masyarakat


Pembuka awal kota Madinah, pemuda yang syahid di jalan dakwah. – Mus’ab bin Umair.
Dengan tangannyalah Islamnya Usaid bin Khudair, manusia yang duduk bertilawah bersama malaikat. Dengan tangannya juga Islamnya Saad bin Muaz, manusia yang kematiannya telah menggegarkan arasy Allah SWT.

Mus’ab bin Umair berperanan penting dalam Hijrah Rasulullah; terutamanya ketika tempoh persediaan Hijrah. Rasulullah telah menghantar Mus’ab sebagai duta Islam yang pertama ke Yathrib, kerana beliau adalah seorang pemuda yang baik perilakunya, cantik rupa parasnya dan lembut tingkah lakunya.

Mus’ab bin Umair menjadikan rumah As’ad bin Zurarah sebagai pejabat Kedutaan Islam yang pertama dan beroperasi sebagai pusat penyebaran Islam. Penduduk Yathrib kagum dengan kebaikan akhlak dan ketampanan wajah Mus’ab bin Umair sekaligus menarik mereka untuk datang ke pejabat Kedutaan Islam dan memahami Islam dengan lebih dalam.

Tidak cukup dengan itu, Mus’ab bin Umair sendiri masuk ke setiap rumah untuk menyebarkan risalah Islam. Sehinggakan tiada satupun rumah yang tidak diketuk oleh Mus’ab bin Umair. Usaha keras beliau menyebabkan majoriti penduduk Yathrib memeluk Islam. Beliau kemudiannya menyusun penduduk Yathrib membentuk masyarakat sehingga Rasulullah mengizinkan untuk mendirikan solat Jumaat di sana. Mus’ab menjadi orang yang pertama memimpin solat Jumaat di Yathrib.

Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari kesungguhan dan pengorbanan Mus’ab bin Umair untuk membangunkan Islam. Marilah kita belajar dari Mus’ab bin Umair yang telah membentuk penduduk Yathrib sehingga iman mereka sangat tinggi dan mendorong mereka untuk itsar, berkorban, berjuang dan mati di jalan Allah SWT.

Mus’ab bin Umair ibarat seorang putera ketika di Mekah. Namun, matinya beliau dengan kedua tangannya terpotong, dadanya ditembusi tombak.

Adab-adab Ketika Berhujah


Ada sahabat-sahabat yang suka berhujah, namun apabila berhujah, mestilah beradab bagi menjaga hubungan ukhuwah sesama Muslim.

1. Niat Berhujah
Apakah niat anda ketika ingin berhujah? Adakah kerana ingin menunjukkan kehebatan diri, atau mengaibkan seseorang? Atau ingin menegakkan kebenaran? Anda sendiri tahu jawapannya. Fahamilah sebab musabab mengapa anda ingin berhujah terlebih dahulu.

2. Anggaplah Dia Sahabat
Penting bagi anda untuk setkan minda bahawa orang yang anda hujahi itu merupakan sahabat anda. Ini demi menjaga perhubungan dan ukhuwah sesama Muslim. Dengan menganggap mereka saudara anda, maka anda akan mudah memaafkan mereka andainya mereka tersilap kata atau tersalah bicara.

3. Berbaik Sangka
Berbaik sangkalah terhadap orang yang anda hujahi. Mungkin persekitaran mereka yang menjadikan mereka sedemikian rupa. Atau mungkin juga atas kejahilan mereka, maka mereka berhujah sedemikian rupa.

4. Dengarilah hujah daripada pihak lain dan kemukakan hujah anda dengan sopan dan jangan memaksa orang untuk menerima hujah anda jika perkara tersebut merupakan perkara khilafiyah.

5. Tenang ketika menjawab hujah dan berhujahlah berdasarkan fakta dan bukti, bukan atas sentimen dan tuduhan.

6. Kemukakanlah hujah-hujah yang disepakati terlebih dahulu sebelum hujah-hujah yang ada perbezaan pandangan.

7. Petiklah kata-kata orang yang dipercayai agar ia menjadi nasihat dan pedoman buat kedua-dua belah pihak.

8. Ketika berhujah, nampakkanlah di depan mata syurga dan neraka. Ini bertujuan agar hujah yang dibawa sentiasa berfokus pada kebenaran dalam mencari keredhaan Allah.
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” [ QS 16:125 ]

Ibu Bapa Mereka Lebih Berhak Kau Dahulukan

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)“. [Al-Isra’: 24]

Berdasarkan ayat 24 surah Al-Isra’, seorang anak diperintahkan untuk merendahkan diri mereka dihadapan ibu bapa. Allah memerintahkan hambanya untuk tunduk dan patuh pada suruhan ibu bapa selagi mana suruhan itu tidak bercanggahan dengan syariat islam. Pada akhir ayat ini juga, orang mukmin diajar satu doa yang sangat besar maknanya untuk kita tafsirkan serta lafazkan setiap hari.

Realiti kehidupan kita
Semenjak kita dilahirkan, kita dibesarkan oleh ibu bapa dengan penuh kasih sayang seperti menatang minyak yang penuh. Menyusuri zaman kanak-kanak, tanpa kita sedari, pelbagai pengajaran dan pelajaran telah dititipkan oleh ibu dan bapa sepanjang tempoh mengenal dunia. Setelah menjangkau 5 tahun, kita mula bersekolah. Ibulah orang yang menanti kita ditepian tinta bersama senyuman penuh sokongan agar tidak tertitis air mata anaknya yang baru melangkah kealam persekolahan. Melangkau kealam sekolah rendah, kita semakin berani, rakan-rakan menjadi ramai, sekolah menjadi lebih menarik dan ibu, masih di sini, setia menanti di tepian dipagar setiap jam 1 tengah hari.

UPSR menjanjikan tiket untuk bergelar budak asrama. Hati si ibu berasa syukur pabila perihal anaknya ditanya teman-teman di pejabat dan jiran tetangga, tetapi dalam hati seorang ibu, terasa risau, gelisah dan tidak keruan melihat pemergian anak kesayangan dari sisinya buat pertama kalinya. Zaman asrama bermula, hubungan kian merenggang, rakan-rakan kita utamakan, dan ibu, setiap minggu menanti panggilan anak kesayangan di tempat orang. Apabila cuti sekolah bermula, kita pulang. Bukan jasa bakti yang kita berikan, malah itu ini yang kita pinta ibu tunaikan. Dengan penuh kasih sayang, ibu dengan girang hanya mengiakan segala kehendak anak kesayangan dan berkata, “Nanti ibu buat ya. Tidurlah lama sikit, penat anak ibu belajar kat asrama…”

SPM kita hadapi dengan mudah berkat doa, tangisan dan rintihan ibu siang dan malam memohon tuhan agar dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah, result bukan calang-calang, kita sudah mula pandai celebrate dengan rakan-rakan, dan ibu? Di mana kita letakkan? Hati kecil berdesis mahu meraikan kegembiraan bersama si ibu, dan dalam pada itu, ada suara yang membujuk berkata, “Tak apa, dah telefon tadi cakap result ok…”

Hari berganti hari, anak kesayangan ditawarkan melanjutkan pelajaran keluar negara. Hati ibu riang berbunga, tapi jauh di sudut hati kecilnya, sekali lagi, naluri keibuan tersentak, anak tersayang akan diragut jauh sekali lagi atas nama pendidikan. Kasihnya ibu pada si anak sanggup memujuk hati, “Tak apa, ibu relakan demi masa depan anakku yang gemilang.”
Hari berganti hari, tahun berganti tahun, hidup kita di perantauan tetap sama, setiap hari disibukkkan dengan kelas dan hujung minggu dipenuhi dengan aktiviti bersuka ria disamping teman-teman yang ramai di luar negara. Ijazah luar negara yang kita janjikan pada ibubapa tidak kita ambil berat, pada kita, “asal pass sudey!” Berapakah harga pengorbanan seorang ibu yang kita letakkan? Cukupkah hanya dengan nilai lulus takat hidung? Patutkah semurah itu kita dagangkan pengorbanan seorang bernama IBU?

Sama-sama kita renungkan…
Dalam satu hadisnya Nabi Muhammad SAW bersabda:
Menurut Abu Hurairah RA telah diceriterakan :“Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah SAW menanyakan : “Siapakah orang yang lebih berhak untuk saya berbuat baik padanya?” Jawab Nabi : “Ibumu.” Tanya laki-laki: “Sesudah itu siapa ?” Jawab Nabi : “Ibumu.” Tanya laki-laki :”Sesudah itu Siapa?” Jawab Nabi : “Ibumu.” Tanya laki-laki : “Sesudah itu siapa?” Jawab Nabi : “Sesudah itu Bapamu”.

Menerusi hadis ini sudah terang lagi jelas bahawa ibu bapa terutamanya ibu mempunyai hak yang amat tinggi terhadap diri dan masa kita. Sewajarnya, sebagai anak kita perlulah cuba sedaya upaya untuk membalas jasa ibu bapa sementara peluang yang diberi Allah masih terbuka untuk kita menyemai bakti pada kedua ibu bapa.

Formula menjadi anak yang soleh dan solehah
Jadi apa tunggu lagi, marilah kita berusaha untuk merebut gelaran sebagai anak soleh dan solehah agar dengan harapan dapat emmberikan sedikit kegembiraan bagi kedua insan yang telah banyak menyumbang bakti pada diri kita.

1) Sentiasa berdoa akan kesejahtaraan ibu bapa di dunia dan di akhirat
Ayat diatas telah memberi satu contoh doa yang patut kita sisipkan pada setiap hari terutamanya setelah selesai solat.

2) Menyenangkan hati ibu dan bapa
Marilah sama sama kita berusaha untuk mencapai ciri qurrata a’yun (penyejuk mata) bagi kedua ibu bapa kita seperti yang disebut dalan Al-quran, Suratul Furqan, ayat 74. Ini dapat praktikkan dengan beberapa cara seperti:

  • Memiliki akhlak dan budi pekerti yang terpuji
  • Menjaga nama baik ibu bapa
  • Menghormati rakan-rakan ibu dan bapa
  • Member hadiah pada ibu dan bapa terutamanya pada ulang tahun keraian kita sebagai tanda terima kasih kita atas penat lelah ibu bapa kita melahirkan, membesarkan dan memndidik kita hingga ke saat ini.
 3) Sentiasa merendahkan diri dihadapan mereka

  • Membantu ibu bapa. Untuk menjadi anak yang soleh, kita perlulah meluangkan masa unutk membantu ibu dan bapa meskipun tidak sekali mereka meminta bantuan kita. Jangan sekali-kali kita merasa bahawa bakti yang kita alkukan adalah cukup unutk menebus segala pengorbanan yang dilakukan oleh ibu dan bapa.
  • Sentiasa berhubung dan bertanya khabar mereka jika tinggal berjauhan
  • Memohon maaf jika berlaku sebarang perselisihan faham meskipun kita yakin kita berada di pihak yang benar.

Ingatlah, Suatu hari nanti kita akan menjadi ibu dan bapa!

Wallahua’lam

Isnin, 26 November 2012

Tarbiyah Ibu dan Anak

Bak kata pepatah ‘Melentur buluh biarlah daripada rebungnya’.
Tarbiyah anak-anak, perlu daripada awal usianya. Tetapi, untuk melahirkan anak- anak yang hebat, perlulah disediakan ibunya yang hebat dahulu.

Berdasarkan kajian dalam bidang perubatan, indeks kesakitan dan kematian yang berlaku selepas bersalin dapat dikurangkan dalam jumlah angka yang banyak dengan adanya program pendedahan yang baik kepada bakal-bakal ibu dengan ilmu perbidanan yang baik. Sebagai contohnya, para ibu perlu tahu nutrisi seimbang yang diperlukan oleh seorang ibu yang mengandung. Mereka perlu mengambil makanan yang diperlukan oleh tubuh badan mereka dan bayi mereka. Para ibu perlu tahu, pertambahan berat badan sebanyak 10 hingga 15 Kg adalah diperlukan semasa mengandung.

Persediaan mental dan fizikal amatlah penting untuk seorang wanita dalam menyediakan dirinya menerima kehadiran orang baru dalam hidupnya. Apatah lagi masa hadapan orang baru ini amat-amat bergantung kepadanya.

Segala tindak-tanduk para ibu, semasa dan selepas bersalin, hatta sebelum terciptanya bayi ini dalam rahimnya akan memberi kesan kepada tumbesaran bayi ini. Kalau kita lihat, ada kajian mengatakan para ibu yang mengandung dan mendengar muzik sentimental dapat menggalakkan kadar peningkatan IQ bayi. Maka, sudah tentu segala tindak tanduk para ibu dapat memberi kesan kepada bayi. Andai ibunya sentiasa membaca al-quran, pasti bayi juga dapat mendengarnya dan sudah terbiasa dengan kalam-kalam Pencipta semenjak sebelum dia dilahirkan ke dunia.

Apa pula akan jadi kalau si ibu sentiasa menghabiskan masa-masa senggang ketika mengandung dengan perkara-perkara sia-sia, seperti menonton movie dan bermain games. Pasti tabiat ini juga akan menjejaskan bayinya.

Kita lihat keadaan  para remaja sekarang dan apa yang dilakukan oleh mereka sewaktu masa senggang mereka. Sedangkan para remaja permpuan inilah yang bakal menjadi para ibu, dan melahirkan generasi seterusnya. Generasi harapan untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi.
Maka, untuk melahirkan generasi yang benar-benar bermutu tinggi, yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah dan hamba Allah, perlulah mengubah generasi para ibu mereka. Kata pepatah itu sangat benar, dan mungkin sebelum benih rebung ditanam, pilihlah benih dari baka yang baik dan keadaan tanah yang subur juga perlu diambil kira. Barulah menghasilkan buluh yang bermutu.