Ahad, 18 April 2021

Jenayah tetap haram, walau siapa kita!

"Orang kampung mungkin tidak kisah. 
Sebabnya mungkin kerana akhbar tidak dibenar melapor. 
Tetapi hanya kerana orang kampung tidak ambil kisah, maka perbuatannya curang dan jenayah masih tidak boleh dihalalkan."

Khamis, 14 Mac 2019

APA YANG KITA BOLEH PELAJARI DARI ROMPAKAN BANK INI ?

Dalam satu rompakan di Sebuah Negeri, Perompak menjerit. "Jangan bergerak, duit di sini semuanya kepunyaan kerajaan. Nyawa kamu adalah kepunyaan kamu" lalu semua orang meniarap dengan ketenangan. 
[Ini dipanggil "Mind Changing Concept." Mengubah cara pemikiran yang konventional.]

GAMBAR HIASAN
Tiba-tiba ada seorang perempuan yang mula menangis dan ketakutan, seorang perompak menjerit kepadanya : "Bawa bertenang, ini adalah rompakan bukannya percubaan untuk merogol!"
[Ini di panggil "Being Professional." Hanya fokus perkara yang kita pakar dan terlatih.]

Apabila semua perompak balik ke rumah, seorang perompak lebih muda(Degree) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (yang hanya belajar sehingga Darjah 6): Abang besar, mari kita kira berapa banyak kita perolehi hari ini." Perompak senior itu menolak dan berkata: "Kau memang bodoh. Terlalu banyak duit kita rompak, nanti mengambil masa yang lama untuk mengira. Malam ini saluran berita akan beritahu berapa sebenarnya kita dah rompak dari bank itu!'
[Ini di panggil "Experience." Zaman sekarang pengalaman adalah lebih penting dari sekeping kertas!]

Sementara itu, di bank, selepas perompak meninggalkan bank, pengurus bank memberitahu Bank Supervisor agar report polis dengan segera. Tapi supervisor memberitahu kepada pengurus bank : "Nanti! Apa kata kita ambil $10 juta dari bank untuk diri sendiri dan tambahkan lagi $70 juta yang kita Pecah Amanah sebelum ini dari bank".
[Ini di panggil "Swim with the tide." Menukar masalah yg dihadapi kepada kelebihan diri!]

Supervisor itu menambah: Kan bagus kalau ada rompakan setiap bulan."
[Ini di panggil "Killing Boredom." Kegembiraan diri sendiri adalah lebih penting dari kerja.]

Keesokan harinya, berita di Televisyen melaporkan bahawa $100 juta duit dari bank telah di rompak. Perompak bank mengira berkali-kali sehingga berdarah hidung untuk memastikan jumlahnya tepat, Tetapi mereka hanya dapat sejumlah $20 juta bukannya #100 juta. Perompak-perompak berasa sangat marah dan berkata : "Kita menanggung risiko kehilangan nyawa hanya mampu mengambil $20 juta. Pengurus bank senang-senang boleh buat duit dengan mengambil $80juta. Nampaknya lebih baik jadi orang terpelajar dari perompak!"
[Ini dipanggil "Knowledge is worth as much as gold!" Pengetahuan bernilai seperti emas.]

Pengurus bank tersenyum gembira kerana kehilangan 'share market' mereka ditutupi dengan kes rompakan.
[Ini dipanggil "Seizing the opportunity." Berani mengambil risiko!]

Jadi siapa perompak yang sebenarnya ?  



Share kalau dah faham .
Kredit FB : PastaCo.MY

Khamis, 6 Disember 2018

Tanpa Sahabat Kita Mungkin Terjerut Tali



ADAKALA kita bersalah
Allah datangkan sahabat untuk menegur

Adakala kita betul
Allah datangkan sahabat yang patut ditegur

Adakala kita diuji
Allah datangkan sahabat untuk bantu kita

Adaka sahabat kita diuji
Allah beri kekuatan untuk kita bantu dia

Jadi hargailah sahabat
Mungkin karena dia , kita ke syurga

_Hamka_

Bahawa Polis Marin ditubuhkan dan diletakkan di bawah Penguasa Polis



Pada hari, 19 November dalam tahun 1827, Sir John Thomas Claridge semasa merasmikan pembukaan sidang pertama Oyer and Terminer of the Court of Judicature of Prince of Wales’ Island, Singapore and Malacca telah mencadangkan agar Marine Police yang dilihat tidak begitu efisyen kerana wujud berasingan dengan Pasukan Polis, diletakkan dibawah Pasukan Polis. Dalam ucapannya beliau telah menyatakan dan mencadangkan….

“…With respect to the Police itself, inquiries have been made by the direction of the Court, of the Superintendent of Police, of the number of Constables and subordinate Peace Officers employed on the Establishment an whether the Establishment of the Superintendent of Police is complete, and whether the Office is supplied with efficient Clerks. Whether many robberies have been committed the perpetrators of which have not been discovered. Whether there is an efficient Marine Police. Whether there is a ...”
 
“…We recommend that a full Establishment of Constables, Jemedars and Peons should be continued under the inspection of the Superintendent of Police – that the Superintendent himself, should be always a Magistrate, and have the Establishment allowed to him, by Government, recommended in his Report. That a Marine Police be established, and placed under the Superintendent of Police – and that the establishment of Police on the opposite shore be continued under the superintendence of a proper controlling authority. Having said thus much respecting the Charter, it is my duty to address you on the particular matters which are now given you in charge…”

Kini, hampir 191 tahun kami telah bersama Pasukan Polis dan kami berbangga kerana kami adalah Orang Orang Polis dan kami akan tetap bersama Pasukan Polis.



Sir John Thomas Claridge ketika merasmikan pembukaan 
pertama sidang Oyer dan Terminer



Terjemahan :

Pada hari, 19 November dalam tahun 1827, Sir John Thomas Claridge ketika merasmikan pembukaan pertama sidang Oyer dan Terminer dari Mahkamah Kehakiman Prince of Wales 'Island, Singapura dan Melaka telah mencadangkan agar Polis Marin yang dilihat tidak begitu efisien karena wujud secara terpisah dengan Pasukan Polis, diletakkan dibawah Pasukan Polis. Dalam ucapannya beliau telah menyatakan dan mencadangkan ....

"... Berkenaan dengan Polis itu sendiri, pertanyaan telah dibuat oleh arahan Mahkamah, Penguasa Polis, bilangan yang Berlaku dan Pegawai Damai yang bawahan yang digunakan pada Penubuhan sama ada Penubuhan Penguasa Polis selesai , dan sama ada Pejabat dibekalkan dengan Kerani yang cekap. Sama ada banyak rompakan telah dilakukan pelaku yang belum ditemui. Adakah terdapat Polis Marin yang cekap. Sama ada terdapat ... "
 
"... Kami mengesyorkan agar Penubuhan Konstabel, Jemedar dan Peon yang penuh perlu diteruskan di bawah pemeriksaan Superintendent Polis - bahawa Penguasa sendiri, mestilah sentiasa menjadi Majistret, dan mempunyai Pertubuhan dibenarkan kepadanya, oleh Kerajaan, disyorkan dalam Laporannya. Bahawa Polis Marin ditubuhkan, dan diletakkan di bawah Penguasa Polis - dan bahawa penubuhan Polis di pantai bertentangan diteruskan di bawah pengawasan pihak berkuasa pengawasan yang sepatutnya. Setelah mengatakan begitu banyak menghormati Piagam, adalah tugas saya untuk menangani anda mengenai perkara-perkara tertentu yang sekarang diberikan kepada anda ... "

Kini, hampir 191 tahun kami bersama Pasukan Polis dan kami sangat prihatin kerana kami adalah Orang Orang Polis dan kami akan tetap bersama Polis Pasukan.



Mari Mengetahui Serba Sedikit Berkenaan Pencen

Insya Allah kita kongsikan apa yang baik untuk kebaikan semua, tanpa mengira bangsa, agama, warna mahupun fahaman politik



http://kartunrossem.blogspot.com/2011/10/elaun-pencen-naik-2-peratus-hanay-dapat.html



Soalan 1
1. Adakah pencen boleh difaraidkan / diwasiatkan?

Jawapan
Tidak – pencen tidak boleh diwasiatkan atau difaraidkan
(Punca kuasa – Seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kali ke-21 (12 September 1988))



Soalan 2
2. Adakah faedah persaraan boleh dicukaikan?

Jawapan
Ganjaran – tidak dicukaikan
GCR – tidak dicukaikan
Pencen – Mulai usia 55 tahun tidak dicukaikan, sebelum umur 55 tahun boleh dicukaikan
(Punca Kuasa – Seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) dan Jadual 6 Akta 53)


Soalan 3
3. Apa yang boleh dipotong dari faedah persaraan?

Jawapan
Hutang-hutang kerajaan, tuntutan nafkah atas perintah mahkamah dan potongan insolvensi bagi kes kebangkrapan.
(Punca kuasa – seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227))


Soalan 4
4. Penerima pencen dipenjarakan, adakah layak terima pencen?

Jawapan
Tidak – penerima pencen tidak layak menerima pencen sehinggalah mendapat pengampunan
(Punca kuasa – Seksyen 21 Akta Pencen 1980 (Akta 227))


Soalan 5
5. Ada bezakah antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan?

Jawapan
Ya – Terdapat beza di antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan. Ia termasuklah tanggungan GCR dan faedah perbuatan (faedah GCR dan perubatan bagi Badan Berkanun / Kuasa Tempatan ditanggung oleh Badan Berkanun / Kuasa Tempatan itu sendiri)


Soalan 6
6. Pesara berkahwin dalam persaraan, adakah pasangan layak terima pencen terbitan?

Jawapan
Ya – tetapi hanya baki 20 tahun dari tarikh persaraan pesara sahaja. Setelah tamat tempoh 20 tahun dari tarikh persaraan pesara, pasangan dikahwini dalam persaaan termasuklah anak hasil perkahwinan tersebut hilang kelayakan menerima pencen terbitan.
(Punca Kuasa – Seksyen 15 , Akta Pencen 1980 (Akta 227))


Soalan 7
7. Adakah anak layak terima pencen terbitan?

Jawapan
Ya – bagi anak di bawah 21 tahun ketika kematian pesara, layak terima sehingga 21 tahun dan boleh dilanjutkan sekiranya melanjutkan pengajian sehingga menuju ke arah ijazah pertama
(Punca kuasa – Seksyen 16, Akta Pencen 1980 (Akta 227))



Jumaat, 22 Januari 2016

"Boiling Frog syndrome"

Letakkan katak hidup di dalam air mendidih adakah ia akan lari? Tidak. Apa yang katak akan buat ialah menyesuaikan dirinya dengan suhu air. Sedikit demi sedikit ia akan kekal di situ sehingga air terlalu panas dan ia akan mati.

Apa yang membunuh katak? Air mendidihkah atau katak itu sendiri.
Ramai antara kita akan kata air mendidih tersebut. Sebenarnya yang membunuh katak bukan air, tetapi sikap dan mentalitinya sendiri yang tidak mahu keluar dan mengubah nasibnya dari keadaan tersebut. Ini dipanggil dalam psikologi "Boiling Frog syndrome". Sindrom ini akan hanya memakan diri mereka sendiri sekiranya mereka tidak mahu berubah.
Sama ada anda berani berubah atau anda akan musnah akibat terus selesa dgn sikap yg lama di kala keadaan menuntut anda berubah

English Language
From Wikipedia, the free encyclopedia The boiling frog is an anecdote describing a frog slowly being boiled alive. The premise is that if a frog is placed in boiling water, it will jump out, but if it is placed in cold water that is slowly heated, it will not perceive the danger and will be cooked to death. The story is often used as a metaphor for the inability or unwillingness of people to react to or be aware of threats that occur gradually.
While some 19th-century experiments suggested that the underlying premise is true if the heating is sufficiently gradual, [1][2] according to contemporary biologists the premise is false: a submerged frog gradually heated will jump out.[3][4]

Bahasa Melayu 
Daripada Wikipedia, ensiklopedia percuma Katak mendidih adalah anekdot menggambarkan katak perlahan-lahan sedang direbus hidup-hidup. Premis adalah bahawa jika katak diletakkan dalam air mendidih, ia akan melompat keluar, tetapi jika ia diletakkan di dalam air sejuk yang perlahan-lahan dipanaskan, ia tidak akan melihat bahaya dan akan dimasak untuk kematian. Cerita ini sering digunakan sebagai metafora untuk ketidakupayaan atau keengganan orang ramai untuk bertindak balas kepada atau menyedari ancaman yang berlaku secara beransur-ansur.
Walaupun beberapa eksperimen abad ke-19 menunjukkan bahawa premis asas adalah benar jika pemanasan adalah cukup secara beransur-ansur, [1] [2] menurut biologi kontemporari premis adalah palsu:. Katak tenggelam secara beransur-ansur dipanaskan akan melompat keluar [3] [4]

English Language 
In philosophy In philosophy the boiling frog story has been used as a way of explaining the sorites paradox. It describes a hypothetical heap of sand from which individual grains are removed one at a time, and asks if there is a specific point when it can no longer be defined as a heap.[26]

Bahasa Melayu 
Dalam falsafah Dalam falsafah cerita katak mendidih telah digunakan sebagai satu cara untuk menjelaskan paradoks Sorites itu. Ia menerangkan timbunan hipotesis pasir yang bijirin individu dikeluarkan satu demi satu, dan bertanya sama ada terdapat satu titik tertentu apabila ia tidak lagi boleh ditakrifkan sebagai satu longgokan. [26]


sumber  Azhari Aziz
              Boiling_frog

Sains Di Sebalik KENTUT atau FART( Frequence Actuated Rectal Tremor)


Ya, tajuk ini agak memualkan
Namun, ia harus dijelaskan oleh sains untuk mendapatkan gambaran bagaimana aktiviti-aktiviti biologi memberi kesan terhadap tubuh manusia.
Soalan asas ialah kenapa manusia dan sebahagian mamalia lain membebaskan angin dari dubur. Dalam bahasa inggeris ia diistilahkan sebagai ‘fart’. 
FART sebenarnya singkatan untuk Frequence Actuated Rectal Tremor atau frekuensi getaran rektal. Jawapan mudah kepada persoalan ini ialah, kerana manusia makan atau minum
Gas usus berasal dari beberapa sumber. Ia terdiri boleh terdiri dari udara yang disedut, gas yang merembes pada usus dari darah, gas terhasil dari tindakbalas kimia dalam usus dan gas yang terhasil dari bakteria dalam usus.
Ketika menelan makan, udara akan turut bersama-sama ketika itu. Ketika bersendawa, harus juga diingat bahawa ia adalah salah satu aktiviti menyingkirkan gas dari tubuh. Cuma kentut pula terhasil dari pembebasan gas yang dihasilkan oleh bakteria di saluran usus yang lebih rendah.
Teknologi Nyahbau Kentut diperkenalkan
Dalam proses penukaran makanan menjadi nutrisi berguna yang diperlukan oleh tubuh,  makanan yang dikunyah ditelan dan bergabung dengan asid-asid tertentu dalam badan akan menghasilkan  produk sampingan iaitu gas hidrogen sulfida. Bau gas ini seakan-akan bau telur busuk.
Walaupun demikian, tindakbalas setiap tubuh adalah berbeza-beza. bahan-bahan yang menghasilkan gas terbesar dalam badan adalah gula, terutamanya 4 jenis gula seperti berikut:
Fruktosa
Bahan semulajadi dalam tanaman seperti bawang, jagung, gandum.
Laktosa
Bahan semulajadi dalam susu.
Rafinosa
Unsur-unsur dalam kekacang, brokoli, kobis, asparagus dan sayuran lain.
Sorbitol
terkandung dalam hampir semua jenis buah-buahan.

Kentut adalah proses normal yang menyihatkan. Namun ia harus mengambil kira faktor persekitaran dan moral bagi mengelakkan ketidakselesaan orang lain di sekeliling.

SUMBER  enkivillage.com
                majalahsains.com